Hari ini banyak peristiwa yang berlaku. Tiap satu secara langsung atau tidak langsung akan melibatkan diri kita. Dan hasilnya boleh menjejaskan kehidupan kita.
Mungkin ramai antara kita yang merasakan bahawa kalau ia bukan hasil dari tindakan kita maka apa perlu kita merasa khuatir atau takut. Pada satu ketika dahulu mungkin pendapat atau sikap seperti ini sesuai.
Dalam keadaan dunia yang semakin mengecil hari ini iaitu hasil dari kewujudan dan perkembangan sains dan teknologi tiap apa yang berlaku secara langsung atau tidak langsung akan melibat dan menjejaskan kehidupan kita.
Sukar bagi kita untuk mengelak atau lari dari tempiasnya.
Memandang kepada keadaan ini, apa yang perlu kita lakukan. Inilah soalan yang harus kita fikirkan jawapannya.
Tiap aktiviti yang berlaku atau dilakukan akan melibatkan kehidupan kita. Ini tidak boleh dan tidak dapat dielak.
Kadang kala keadaan ini merunsingkan fikiran kita. Serba salah kita dibuatnya.
Jadi di waktu inilah timbul soalan-soalan yang menyebabkan kita perlu berfikir panjang. Kita harus mencari jalan untuk mengelakkan diri dijadikan sasaran. Maknanya kita perlu berfikir... dan berfikir panjang, sebelum mengambil apa-apa tindakan.
YANG PERLU DIFIKIRKAN
Dalam kehidupan kita hari ini kita terlibat dalam banyak program dan aktiviti. Tiap satunya membawa berbagai kesan kepada kita. Ada yang baik dan ada juga yang buruk.
Kadang kala kesan yang menjelma tidak seperti yang diharapkan. Ada ketikanya yang muncul tidak seperti yang diharapkan. Sinaran sang suria yang diimpikan hujan lebat yang tiba.
Begitulah keadaannya. Yang ditunggu tak tiba lain pula yang muncul menerpa. Inilah keadaan kehidupan hari ini.
Jadi apa yang perlu kita lakukan? Apakah perancangan yang mesti kita laksanakan?
Yang pentingnya apa yang kita rancangkan sepatutnya membawa hasil seperti yang kita harapkan.
Biasanya perancangan amat penting. Dan perancangan pula mesti disertakan dengan pemikiran yang logik, rasional dan munasabah.
Dan bagaimana pula hendak kita fikirkan sekiranya subjek yang hendak dilajsanakan itu adalah sesuatu yang baru kepada kita?
Inilah yang perlu kita buat kajian dan fikirkan sedalam-dalamnya.
Maknanya kita mesti berfikir sedalam-dalamnya untuk menentukan apa yang rabcang membawa hasil yang kita harapkan. Dan berfikirlah kita.